{VIDEO}Awi Rafael Minta Atikah Suhaime Jangan Cemburu

SUNGGUHPUN baru lima bulan bergelar tunangan kepada komposer dan penyanyi Awi Rafael, namun menurut Atikah Suhaime mereka sudah saling kenal sejak lapan tahun lalu.

Pasangan selerbriti asal Singapura ini mengejutkan banyak pihak apabila secara tiba-tiba mengumumkan pertunangan yang diadakan di republik tersebut, 17 Mac lalu.

Mereka dijangka melangsungkan perkahwinan lapan bulan dari sekarang. Pelakon drama Pengantin Musim Salju ini berkongsi beberapa rahsia hubungan cinta dengan Awi Rafael bersama Mangga TV.

Kata Atikah, bakal suaminya itu ada berpesan supaya jangan cemburu… kenapa ya?

Atikah Suhaime dan Awi Rafael dijangka melangsungkan perkahwinan 17 Mac tahun depan.