Artis Popular Sokong Produk Terbaharu AIRISH LONDON

Datuk Izzudin dan Datin Jannatul bersama Kaka Azraff serta suaminya, Adam

Tahniah MANGGA ucapkan kepada Airish London kerana muncul dengan produk baharu mereka iaitu lipstik (liquid softmatte) dengan rangkaian warna pink nude, russian red, venus dan nude.

Bukan itu sahaja, mulai bulan ini, Januari 2019 pelanggan boleh mendapatkan set ‘Beauty Box’ secara atas talian. Beauty Box ini mengandungi kombinasi produk lain seperti lipmatte, bedak kompak, cushion foundation, eye liner, maskara dan blusher, dengan harga RM123 untuk setiap set. Menarik kan?

Airish Global Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 22 April 2014 ini pada awalnya memberi fokus kepada produk penjagaan wajah (skincare) dan juga kosmetik.

Selain Malaysia, Airish juga sudah bertapak di London dan juga Jakarta Indonesia.

Sambutan Ulang Tahun Datin Jannatul yang ke-35

Dalam majlis pelancaran produk baharunya pada 30 Disember 2018 lalu,  pengasas Airish London, Datuk Aizuddin Ghazali turut berasa bertuah dengan sokongan daripada artis-artis terkenal yang hadir seperti Datuk Hattan, Kaka Azraff, kumpulan nasyid UNIC, Diana Rafar dan ramai lagi.

Datuk Hattan
Kumpulan UNIC

Kehadiran selebriti popular ini juga menambah seri dalam majlis yang turut meraikan ulang tahun ke-35 pengasas bersama Airish London, Datin Jannatul Iza Ahmad Kamal.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang tetamu kenamaan antaranya Yang Berbahagia Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar.

Keluarga bahagia Datuk Aizuddin dan Datin Jannatul

Nak tahu kisah Datuk Hattan dan Kaka Azraff, jangan lupa dapatkan akhbar Utusan Malaysia nanti ya!