Ariel Noah Skandal Lagi?

Hubungan cinta Ariel Noah dengan Sophia Latjuba diduga lagi gara-gara tersebar foto mesra Ariel bersama wanita lain

SELAIN heboh dengan khabar pernikahan aktres Laudya Cynthia Bella dengan bekas suami Erra Fazira, Engku Emran yang dikatakan bakal berlangsung hari ini di Kuala Lumpur, turut kecoh ialah gosip skandal Ariel Noah dengan seorang wanita bernama Seali Syah Alam.

Kekecohan timbul ekoran tersebar foto mesra vokalis band Noah dengan Seali. Lantas, wanita tersebut membuka mulut mengatakan ada hubungan persaudaraan dengan pelantun lagu Separuh Aku itu.

“Saya ingin menjelaskan di sini bahawa kami mempunyai hubungan persaudaraan maka tidak hairanlah kami selalu bertemu,” tulis Seali di akaun Instagramnya.

Seali Syah Alam wanita yang digosipkan punya skandal dengan Ariel Noah

Tidak lama kemudian, pacar aktres dan model Sophia Latjuba itu pula meluahkan kekesalan gosip tidak berasas tersebut di akaun peribadi Instagram miliknya.

“Saya mengerti sikap orang yang suka mencetuskan gosip. Tetapi kalau menulis sesuatu yang tidak benar itu amat dikesalkan kerana akan menimbulkan banyak salah faham.

“Apabaila sesuatu gosip tersebar, media lain tinggal buat copy & paste sahaja, kemudian menyebarkannya. Inilah yang dikesalkan,” tulis Ariel.

Di waktu sama, Sophia Latjuba pula memuat naik foto sebagai bukti antara dia dengan Ariel masih berstatus pasangan bercinta.

Ariel vokalis band Noah tenang walau sentiasa dilanda gosip panas