Apakah Nama Anak Amar & Amyra?

PASANGAN suami isteri popular, Amar Baharin dan Amyra Rosli masih merahsiakan nama bayi sulung mereka yang dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan swasta ibu kota pada Ahad, 15 Oktober kira-kira pukul 12.07 tengahari.

Wajah comel zuriat sulung mereka juga baru sahaja dikongsikan buat tatapan umum.

Teruja bergelar bapa buat pertama kali, Amar menemani isteri dari proses kelahiran dan semasa rawatan di hospital.