Anak Sam Curi Tumpuan

SELAIN Shaheizy Sam, Ayda Jebat dan Farid Kamil yang menjadi tumpuan utama semasa malam gala tayangan perdana filem Pinjamkan Hatiku, seseorang yang turut mencuri tumpuan adalah si cilik Syeriv Samheizy.

Sam hadir bersama isteri,  aktres Syatilla Melvin dan putera sulung mereka. Menariknya, Sam dan Syeriv atau kerap dipanggil Mat Yip melalui akaun Instagramnya, berpakaian sedondon t-shirt putih dan seluar jeans biru.

Pinjamkan Hatiku arahan terbaharu Osman Ali bakal beredar di seluruh pawagam tempatan bermula 30 November ini.

Menerusi filem ini juga, Sam melakukan transformasi ketara apabila sanggup menurunkan berat badan demi merealisasikan watak.

Shaheizy Sam tampil sedondon dengan anaknya Syeriv Samheizy semasa malam gala tayangan perdana filem Pinjamkan Hatiku