Hasrat Amy Search Timang Anak Ke-6 Tidak Kesampaian

SEKITAR Mei lalu, vokalis Search, Amy atau Suhaimi Abdul Rahman begitu teruja berkongsi kegembiraan apabila isterinya, Norish bakal memberinya zuriat keenam.

Norish ketika itu disahkan hamil sebulan dan pelantun lagu hit Fantasia Bulan Madu itu terlalu gembira lantaran bakal bergelar bapa sekali lagi.

Bagaimanapun hasrat Amy menimang cahayamata di usia 60 tahun tidak kesampaian apabila bayi tersebut disahkan keguguran dalam kandungan.

“Degupan itu akhirnya terhenti dan hilang dari pandangan. Alex, Sania dan Qaqa tertunduk saat mendapat berita ini.

“Qaqa menangis teresak-esak antara mereka. Moga kami semua reda dengan dugaan yang tidak terpandang ini.

“Saya pasti dugaan itu datang bersama keindahan dan reda dengan dugaanNYA,” tulis Amy di akaun peribadi Instagram kira-kira sejam lalu.

Itu merupakan zuriat keempat hasil perkahwinan keempat dengan Norish. Anak sulungnya, pelakon Nabila Huda dan anak kedua, Myra kini menetap di luar negara bersama bekas isteri keduanya.

Posting dimuatnaik Amy Search di Instagram sebentar tadi.