Amar Baharin, Mawar Rashid Terjebak Sengketa Keluarga

APABILA perasaan hasad dengki timbul, hubungan keluarga mulai berantakan dan bersengketa. Apabila pengorbanan terjadi, apakah perasaan cinta dapat mengatasinya?

Disenaraikan sebagai  perkhidmatan penstriman video tempatan nombor satu dan terbesar di Malaysia,  dengan lebih dari 7.4 juta pengguna, tonton mempersembahkan drama terbaru yang berlandaskan pertalian darah, hasad dengki dan pengorbanan – Kalis Kasih yang mengenengahkan barisan pelakon  seperti Mawar Rashid, Elvina Mohamad, Amar Baharin dan Syazwan Zulkifly.

Drama yang mempunyai 15 episod ini diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan diterbitkan oleh ZK Creative Sdn. Bhd. Drama yang paling dinanti-nantikan ini disiarkan secara eksklusif di tonton bermula 24 November lalu, empat bulan lebih awal daripada tayangan televisyen menerusi slot TV3 Samarinda.

Drama Kalis Kasih mengetengahkan isu persengketaan dalam keluarga, antara Amanda dan Dania yang merupakan sepupu sebaya yang mempunyai karekter yang berbeza.

Akibat perbezaan darjat dan dibesarkan di persekitaran yang berlainan (seorang di bandar dan seorang lagi di kampung) menyebabkan sifat dengki dan iri hati makin bercambah.

Lakonan mantap dari tonggak pelakon utama iaitu  Mawar Rashid, Elvina Mohamad, Amar Baharin dan Syazwan Zulkifly di samping lakonan pelakon pembantu  Nazeera Sardi, Azri Iskandar, Rosnah Johari, Anne Abdullah, Amyza Adnan dan Iduerra Matilda pastinya akan berjaya meresahkan hati penonton.

Menurut Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenen & Pembarangan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, “Drama ini membawa suatu variasi baru kepada tonton. Kami mahu menghubungkan penonton dengan drama yang berlandaskan kisah permusuhan dalam keluarga dengan tema suspens, hasad dengki dan kebencian.

“Bukan sahaja menimbulkan rasa gelisah dan ingin tahu tetapi juga dapat menyampaikan mesej di sebaliknya, iaitu mengenai nilai keutuhan dalam hubungan kekeluargaan.”