Along With the Gods 2 Tayang 1 Ogos

FILEM box office dari Korea Selatan, Along With the Gods: The Two Worlds menuai kesuksesan hampir seluruh dunia apabila ditayangkan Disember tahun lepas.

Menyusul kegemilangan tersebut, sekuel filem ini yang diberi judul Along With the Gods 2: The Last 49 Days dengan Joo Ji Hoon, Ha Jung Woo dan Kim Hyang Gi masih akan kembali menuntut para arwah di alam baka. Turut berlakon, Ma Dong Seok dan Kim Dong Wook

Petikan dari portal Naver, Along With the Gods: The Last 49 Days dijangka tayangannya 1 Ogos depan.

Pertama kali ditayangkan, Along With the Gods: The Two Worlds berhasil ditonton sebanyak 14 juta penonton.

Filem ini juga berhasil menjadi box office di Taiwan, nombor dua di Hong Kong selain juga popular  di Amerika Utara, Singapura, Australia, Indonesia serta Malaysia.

Along With The Gods: The Two Worlds dikatakan menewaskan filem Avatar yang mencatat jumlah penonton sebanyak 13.3 juta.

Poster filem sekuel Along With The Gods.

Berdasarkan data-data yang ada, Along With The Gods: The Two Worlds berada di posisi ketiga filem Korea yang paling laris sepanjang masa.

Posisi kedua diraih filem Ode to My Father, manakala kedudukan pertama oleh filem Roaring Currents yang ditayangkan pada 2014 dengan mencatat 17.6 juta penonton.