ALIFF AZIZ Mohon Tutup Cerita Kes ‘Karaoke’

PENYANYI dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz, 26, sudah pun memohon maaf dan mengakui kesilapannya keluar dengan wanita lain, seorang pelakon baharu bernama Afifah Nasir, adik kepada aktres Anzalna Nasir.

Pelantun lagu Sayang Sayang ini meluahkan rasa bersalah dan berdosa terhadap isterinya, Bella Astillah, 23. Mereka baru dikurniakan cahayamata lelaki, Mohamad Ayden Adrean pada 8 Julai lalu.

Berikut rakaman penjelasan penuh Aliff Aziz dan Bella berhubung kes di pusat karaoke, dekat Taman Shamelin, Cheras, Selangor pada Khamis, 27 Julai. Aliff juga sudah dibebaskan dari tahanan polis pada Sabtu, 29 Julai setelah isterinya menarik semula laporan atas dakwaan dikasari semasa bergelut di pusat karaoke tersebut.

Dengan penjelasan semasa sidang media di lokasi perkahwinan mereka, Hotel Roof Garden, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor pada Isnin, 31 Julai, Aliff mohon tutup cerita panas ‘karaoke’ tersebut.

Beliau turut meminta pihak satu lagu iaitu Afifah untuk turut membuat penjelasan selain mengaku kesilapan dan memohon maaf.