Alif ‘ Buat Selamanya’ Tanpa Sleeq

BAGAIMANA perjalanan karier seni penyanyi Singapura, Alif tanpa teman duonya Syarif dalam Sleeq? Jawapannya ada dalam single terbaharunya berjudul Buat Selamanya.

Alif seorang rapper dan penerbit yang telah banyak mencipta lagu-lagu hits seperti Sleeq, Untuk Dia ft. Najwa Latif, Salam Semua ft. Aaron Aziz, Tepi Sikit ft. Joe Flizzow, Kaka Azraff (Bukan Hal Aku ft. Sleeq) dan Najwa Latif (Satu Hari Nanti).

Ternyata setiap hasil ciptaan lagu yang dihasilkan oleh Alif mendapat tempat di hati para pendangar sekaligus lagu-lagu yang beliau cipta juga mempunyai rentak dan melodinya yang tersendiri. Beliau juga mempunyai produksi muziknya sendiri yang diberi nama ‘Magic Potions’.

Kini bergerak secara solo pula dan meneruskan karier muziknya lantas telah mengeluarkan single pertama beliau berjudul Mama dan diikuti pula dengan dua online album iaitu 6560 Part 1 dan 6560 Part 2.

Buat Selamanya merupakan sebuah lagu yang dicipta setelah banyak bekerjasama dengan ramai penyanyi dan sebagai peberbit muzik, Alif sudah sedia untuk membina kariernya pula sebagai artis solo.

Lagu yang mengisahkan tentang kasih sayang dan tanggungjawab pasangan untuk menjaga dan memberikan keselesaan kehidupan kepada sang isteri untuk meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik.

Arahan muzik video ‘Buat Selamanya’ oleh Jasper dan tenaga produksi dari Vadbibes dan Magic Portions, manakala komposer dan penulis lirik pula oleh Alif sendiri.

Teristimewa buat peminat Alif lagu Buat Selamanya edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun di semua digital platform seperti Apple Music,iTunes Spotify, JOOX, Yonder Music, dan KKBox.