Aishah, Tia Jinbara Disuruh Berduet

FOTO semasa gathering bintang-bintang Gegar Vaganza dari musim pertama hingga terkini, GV4 dengan juaranya, Aishah.

Majlis yang turut disertai para peminat diadakan di restoran D’Empangan Udang Galah pada Jumaat malam.

Di dalam foto tersebut, Tia Jinbara pemenang tempat keenam bersama isteri, Suzan Ahmad serta Aishah dan suaminya.

Ramai pula netizen menyarankan malahan menyokong andai Tia dan Aishah merakam lagu duet.

Foto ini menarik perhatian ramai netizen kerana Aishah amat jarang berkongsi foto bersama suami baharunya.