AISHAH Juara Gegar Vaganza 4, Hetty Koes Endang Menangis !

JOHOR BAHRU- Saingan sengit peringkat akhir Gegar Vaganza musim keempat (GV4) berpihak kepada Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 52, apabila muncul juara dengan meraih hadiah kemenangan wang tunai berjumlah RM100,000 ribu, sebidang tanah lot banglo, barangan kemas bernilai RM80,000 ribu, pakej percutian ke Eropah Timur serta beberapa hadiah iringan. Aishah meraih 81 peratus peratusan markah.

Lebih menarik, nyanyian lagu All My Myself oleh Aishah telah membuatkan juri tetap Hetty Koes Endang menitiskan airmata.

Naib juara, Liza Hanim (markah 79 peratus)  dengan hadiah wang tunai RM50,000 ribu, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Turki beserta hadiah iringan sebidang tanah lot banglo dan pakej percutian.

Hadiah tempat ketiga menjadi milik Lan Solo (markah 70 peratus) dengan RM30,000 ribu beserta sebidang tanah lot banglo dan pakej percutian, tempat keempat, Hazami (markah 70 peratus) memenangi RM20,000 ribu serta percutian ke Jogjakarta dan barangan kemas tempat kelima, Firman (markah 69 peratus) dengan RM15,000 ribu serta tempat keenam RM10,000 ribu diberikan kepada Tia Jinbara (markah 66 peratus).

Digi Star of The Week minggu final dimenangi Hazami manakala anugerah Gelora Vida Vaganza menjadi milik Aishah.

Liza Hanim menyampaikan lagu tugasan solo, Meniti Titian Usang dan berduet dengan Aishah, lagu Supergirls. Hazami lagu Bahagiamu Deritaku dan lagu Amboi duet bersama Lan Solo.

Aishah lagu solo All By Myself, Firman lagu Drama King untuk tugasan solo  manakala duet dengan Tia Jinbara lagu Tepi Sikit.

Lagu persembahan solo Tia pula, Romancinta serta Lan dengan lagu Smell Likes Teen Spirit

GV4 final disiarkan secara langsung di Astro Ria dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios dekat sini pada Ahad malam, bermula pukul 9.00 malam.

Keputusan berdasarkan peratusan markah oleh juri-juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang dari Indonesia di samping dua juri jemputan, Datuk Khadijah Ibrahim serta Datuk Rosyam Nor.

Hos ialah Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Pemenang GV1, Ayai Ilusi, Siti Nordiana (GV2) serta Azharina (GV3).

Hadiah disampaikan Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh, Ketua Saluran Melayi Astro, Raqim Ahmad serta penaja platinum GV4, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida. Foto Oleh: Astro.