Agnez Mo Pamer Kemesraan Dengan Chris Brown

PENYANYI terkenal Indonesia, Agnez Mo (Agnes Monica) pernah menetap lebih tiga tahun di Amerika Syarikat bagi mengembangkan karier nyanyiannya.

Usahanya terbukti apabila sudah beberapa kali berduet dengan penyanyi Amerika Syarikat, rapper Timbaland dan penyanyi legenda, Michael Bolton.

Bahkan, pelantun lagu hit Matahariku dan Tak Ada Logika ini juga pernah merakam lagu duet On Purpose bersama Chris Brown.

Maka tidak hairanlah, kemesraan semakin terserlah antara kedua-dua penyanyi ini apabila Agnez memuatnaik beberapa keping gambar mesra mereka.

Tidak bergambar berdua sahaja, Agnez dan Chris dilihat berlibur bersama di Disneyland, Amerika Syarikat. Ada apa hubungan mereka sebenarnya?

Sudah tentu kemesraan yang dipamer Agnez bersama Chris Brown itu mendapat respon yang cukup luar biasa daripada semua netizen.

Bagaimana pula hubungan cinta Agnez dengan pemain bola keranjang popular Indonesia yang mesra dengan panggilan Wijin?