Afgan Bakal Segera Melamar Rossa?

HUBUNGAN rapat pasangan penyanyi ngetop Indonesia, Afgan dan Datuk Rossa memang sudah diketahui ramai.

Keakraban itu bukan sekadar di pentas nyanyian malahan khabarnya mereka saling bertukar pandangan dan berkongsi masalah perihal kerjaya.

“Kami serasi berbual dalam apa jua perkara. Misalnya, sebelum membuat keputusan apa pun, saya pasti bertanyakan pendapatnya dahulu, begitu juga sebaliknya,” jawab Afgan yang telah melancarkan single terbaharu berjudul X, duet bersama SonaOne di Jakarta, semalam.

Sudah saling mengenali hati budi dan kalangan teman serta keluarga juga sudah sedia maklum hubungan rapat, adakah Afgan bakal melamar Rossa dalam waktu terdekat ini?

“Ngak. Tentang lamaran itu belum ada. Saya dan Ocha (panggilan buat Rossa) sedang menikmati hubungan baik ini.

“Saya sendiri tidak pasti apakah yang terjadi di masa depan. Buat masa sekarang, saya jalani sahajalah hidup ini dan seronok melaluinya.

“Saya juga rapat dengan anaknya Ocha, Rizky. Dah macam keluarga. Saya dan Ocha boleh berkongsi cerita apa saja.

“Sampai orang bilang, saya dan Ocha macam kembar.. macam teman sejiwa. Kalau itu (kahwin), we’ll see-lah!” Ungkap pelantun lagu hit Terima Kasih Cinta dan Jodoh Pasti Bertemu.