Aeril Zafrel Hadiah Wawa Mercedes!

BERKAT Ramadan yang masuk hari ke-18 hari ini, pelakon Aeril Zafrel berkongsi kegembiraan dengan rezeki menghadiahkan isteri tercinta, Wawa Zainal, sebuah kereta mercedes benz!

“Ini hadiah kerana menjaga saya dan tidak pernah mengeluh menjaga anak-anak,” ucap pelakon drama Cinta Fatamorgana itu.

Yang lucunya, Aeril baru terfikir isterinya itu tidak boleh memandu kereta. Detik indah tersebut turut mendapat respon baik daripada para pengikut Aeril di akaun peribadinya.

“Dah beli kereta baru terfikir macam mana dia bak bawa kereta itu nanti,” tulis Aeril.

Pasangan ini berkahwin pada 2012 dan mempunyai sepasang cahayamata, Attar, 5 serta Hayla, 3.

Wawa lebih banyak fokus pada perniagaan butik muslimah dan beberapa produk lain yang mereka usahakan.

So sweet kan husband macam Aeril ini? Bertuah sungguh Wawa!

Pasangan bahagia, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.