Acha Septriasa Pamer Perut Besar

AKTRES Indonesia yang kini menetap di Sydney, Australia, Acha Septriasa sering berkongsi perkembangan sihat dirinya yang kini sedang hamil enam bulan.

Acha hanya akan ulang-alik ke Jakarta andai ada urusan kerja. Selebihnya beliau menemani suami, Vicky Kharisma yang bertugas di sebuah syarikat di negara kanggaru tersebut.

Baru-baru ini, bintang filem Heart, Bulan Terbelah Di Langit Amerika dan Kartini itu memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram yang mempamerkan perutnya yang semakin besar.

“Baby Mama,” tulis Acha Septriasa.

Beliau juga berharap agar dipemudahkan urusan melahirkan bayi sulungnya itu secara normal dalam tempoh tiga bulan lagi.

Acha tertarik berkongsi hal tersebut setelah membaca pengalaman aktres dan model Atiqah Hasiholan yang berjuang melahirkan cahayamata sulung secara normal, baru-baru ini.

“Alhamdulillah, gembira dapat membaca dan mendengar banyak komen positif mengenai proses kelahiran anak. Semoga nanti urusan bersalin ini dipermudahkan Allah,” ujar Acha lagi.

Acha Septriasa kini menetap dengan suami di Sydney, Australia