11 Artis Popular ‘gegar’ KONSERT EVOLUSI PJ Esok!

Ara Johari dan Ben Ladin antara penyanyi muda yang menjadi kegilaan ramai

TIDAK sabar! Teruja! Itulah kata-kata masyarakat setempat setiap kali menjelang KONSERT EVOLUSI PJ yang akan berlangsung pada hari esok (10 November 2018) di Dataran Petaling Jaya, Selangor (berhadapan Amcorp Mall, PJ). Masuk adalah PERCUMA!

Konsert yang dianjurkan buat kali keenam ini adalah bersempena acara besar International Folklore Festival atau lebih dikenali sebagai Karnival Petaling Jaya (PJ Fair) anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Setiap tahun konsert ini amat dinanti-nantikan peminat khususnya warga Petaling Jaya kerana seringkali menampilkan artis popular dan hebat. 

Ismail Izzani

Malam besok, anda berpeluang menyaksikan persembahan hebat  daripada artis-artis popular iaitukumpulan XPDC, Akim & The Majistret, Waris, Ara Johari, Masya Mashitah, Santesh, Ben Laden, Ismail Izzani, Uchop, Aina Mentor dan Maynine Band.

Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain

Menurut Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain, pemilihan artis ini berdasarkan populariti dan pengaruh artis-artis ini.

“Semua mereka dikenali peminat. Mengambil contoh XPDC yang dianggotai oleh Ali (penyanyi), Izo (gitar), Eddie (bass), Lola (drum) dan Arif baru sahaja melancarkan album terbaru berjudul Doa.

 “Tidak terkecuali Akim & The Majistret serta artis lain yang ditampilkan juga masing-masing mempunyai daya penarik tersendiri dan pasti ditunggu ramai,” katanya.

Katanya lagi, penampilan Santesh yang kini populardengan lagu Amalina juga menjadi tarikan buat peminat untuk hadir ke konsert yang akan bermula pada jam 8.30 malam.

Waris

 

Santesh popular dengan lagu Amalina

PJ Sebagai Destinasi Pelancongan

Selain itu, Mohd Azizi juga mengatakan acara ini adalah bertujuan untuk mempromosikan bandaraya Petaling Jaya sebagai kota seni dan destinasi pelancongan antarabangsa menerusi kepelbagaian budaya komunitinya.

Katanya, “program kami bertemakan International Folklore Festival (Festival Kesenian Budaya Antarabangsa) yang bermatlamat mempromosikan keharmonian budaya dan kesenian masyarakat setempat dan antarabangsa.

“Kami memilih menggunakan tema yang sama pada tahun 2014 kerana mahu mengembalikan kemeriahan budaya seperti yang diadakan ketika itu dengan penyertaan pelbagai budaya luar negara.

“Negara-negara terbabit ialah Indonesia, Thailand, Jepun. Iran, Korea Selatan, Filipina, Finland, Botswana selain Malaysia sendiri.

“Kami mahu menghimpunkan seluruh lapisan masyarakat untuk bersama-sama mewarnai program yang sememangnya meriah ini.

“Salah satu strategi terbaik menghimpunkan mereka ialah dengan menganjurkan konsert membabitkan artis popular dan inilah yang kami lakukan.

“PJ Fair juga bertujuan menyokong pelaksanaan Pelan Induk PJ Sustainable 2030 dan dasar- dasar perbandaran di peringkat global khususnya berkaitan dengan aspek pembangunan budaya dan komuniti,” katanya lagi.

Selain konsert, pengunjung turut berpeluang menyaksikan persembahan etnik sembilan negara yang terlibat. Mereka terdiri daripada program PJ Friendship City dan International Council of Folklore Festival and Folk Arts Organisations (CIOFF) iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah seliaan UNESCO.

Aktiviti lain yang turut diadakan dalam festival ini adalah persembahan kebudayaan, pelbagai pertandingan termasuk memancing, larian dan pelbagai lagi.

Teruskan layari manggamedia.com.my
#mangga #manggamedia #manggatv #bukansekadarhiburan #berenanguntukkesihatan

Facebook: Mangga Media
Instagram: @mangga.media