10 Selebriti Terkaya Dunia Versi Forbes

MAJALAH terkemuka dunia, Forbes dalam edisi terbaharu telah mengeluarkan senarai 100 List Of The World’s Highest-Paid Entertainers.

Senarai tersebut disertai bintang realiti, penyanyi dan atlet terkenal. Mereka bukan sahaja berhasil meraih kejayaan dalam karier masing-masing malahan mengaut pendapatan lumayan!

Berikut senarai 10 selebriti terkaya dunia edisi Forbes:

 

  1. Floyd Mayweather Jr

Floyd Mayweather Jr merupakan peninju profesional Amerika Syarikat, berada dalam senarai paling  atas. Floyd Mayweather meraih pendapatan US$ 285 juta atau sekitar  RM1. 14 bilion.

 

  1. George Clooney

George Clooney dikenali sebagai aktor yang memiliki pesona tersendiri. Beliau juga disenaraikan antara aktor paling tampan. Bahkan, George Clooney juga masuk dalam daftar majalah TIME – Most Influential People in the World.  Berada di posisi kedua, beliau dikatakan meraih pendapatan US$ 239 juta  (RM956 juta).

 

  1. Kylie Jenner

Kylie Jenner selama ini dikenal sebagai bintang realiti show di Keeping Up with the Kardashians dan dikatakan berjaya kerana menumpang nama keluarga terutama kakaknya, Kim Kardashians.  Namun Kylie Jenner berhasil dengan caranya sendiri dengan memilih bisnes kosmetik di bawah label Kylie. Kekayaan Kylie Jenner tercatat US$ 166 juta (RM664 juta).

 

  1. Judy Sheindlin

Judy Sheindlin dikenal sebagai Hakim Judy juga masuk dalam daftar Forbes 2018 di kedudukan keempat. Judy Sheindlin juga sukses sebagai sutradara dan pengarang buku. Sebuah laporan menyebut, Judy Sheindlin meraih US$ 147 juta (RM588 juta).

  1. Dwayne ‘The Rock’ Johnson

Hampir semua filem lakonan The Rock mencapai box office,  antaranya Moana, The Fate of The Furious dan Jumanji: Welcome to the Jungle. Beliau berada di tangga kelima dengan mencatat pendapatan  US$ 124 juta (RM496 juta).

 

  1. U2

Band legenda asal Ireland ini ditubuhkan pada 1976. Meski dikatakan band ‘orang tua’ namun U2 masih terus sukses dan berhasil mengaut keuntungan royalty album. U2 mendapat keuntungan US$ 118 juta (RM472 juta).

 

  1. Coldplay

Coldplay dibentuk  pada 1996, berhasil meraih banyak anugerah di Grammy Awards. Album Coldplay juga terjual sebanyak 90 juta unit seluruh dunia. Coldplay dengan vokalis kacaknya, Chris Martin mencatat pendapatan sebanyak US$ 115 juta (RM460 juta).

 

  1. Lionel Messi

Lionel Messi, pemain bola sepak Argentina ini berada pada kedudukan kelapan selebriti terkaya dunia versi Forbes dengan pendapatan sebanyak US$ 111 juta (RM444 juta).

 

  1. Ed Sheeran

Ed Sheeran sukses sebagai penyanyi di industri muzik ternama dunia. Ed Sheeran  meriah penghargaan di Grammy Awards tahun ini sebagai Best Pop Solo Performance. Pelantun agu hit Shape Of You ini meraih pendapatan  US$ 110 juta  (RM440 juta).

 

  1. Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo, pemain bola sepak Real Madrid ini berada di tangga ke-10 senarai majalah Forbes. Beliau dianggap salah seorang pemain bola sepak terbaik dunia. Selama 10 musim, beliau menyumbat 450 gol hanya dalam 438 pertandingan. Selain itu, Cristiano Ronaldo sudah memenangi lima trofi Liga Champions. Cristiano Ronaldo, yang kini berlabuh ke Juventus, berhasil masuk dalam daftar Forbes 2018 dengan meraih US$ 108 juta (RM432 juta).